Pengenalan Kepada Komputer & Internet serta Advokasi KDB

10 November 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas ini telah diadakan pada 9.00 Pagi sehingga 12.00 Tengah Hari bertempat di Bilik Latihan PI Machan.

Peserta telah diajar mengenai komponen asas komputer. Semasa kelas ini, mereka di ajar fungsi serta kegunaan asas komputer. Dengan ini, mereka akan memahami serba sedikit pengetahuan asas komputer.

Setelah habis kelas, mereka telah diberikan taklimat Advokasi KDB yang bertajuk ‘Check Your Label’. Advokasi ini memberi bimbingan agar pengguna. Kempen ini juga bertujuan mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali